Tuesday 15 September 2009

Beg Queen Of Nature

Beg ni i blom guna. Simpan buat collection.

Monday 14 September 2009

Bakul Serbaguna ke2

Bakul ni i buat pada malam hari sabtu 12/9/09...start kul 11 mlm. Siap kul 4 pagi. Lepas sahur & sembahyang subuh baru tido sampai kul 10 pagi. Simple je....
1. Mula-mula potong kain & span. I ikut saiz span 14". Kain 2 jenis. Riben 9" = 8 keping.
2. Buat garisan jarak 3" dari setiap tepi. (ikutla kalau nak tinggi bakul tu lebihkan). Jahit riben di hujung garisan tersebut.3. Kain yang nipis boleh letak kain gam bagi keras. Susun span, kain yang diletak riben dan kain satu lagi secara terbalik. Jahit tangan secara kasar dulu supaya span tak lari disekeliling kain. 4. Tinggalkan 2" @ 3" untuk terbalikkan kain. Macam gambar kat atas. Jangan lupa buang dulu jahitan kasar tadi. Dah terbalikkan bolehla jahit lubang tu dengan jahitan tangan.

5. Jahit quilting atau biasa pun boleh.. ikut garisan yang dibuat (yang jarak 3" dari tepi kain). Iron dulu baru jahit.

6. Ikatla riben.....nak jadi bakul ikat rapat-rapat. Boleh guna sebagai pelapik. Nak lawa lagi boleh jahit manik/sulam riben.
Bakul ni boleh alih-alih bila jemu @ nak sesuaikan dengan barang yang nak diletakkan.
Selamat mencuba. Jom...Menjahit

Bakul Serbaguna


Bakul Serbaguna yang i belajar kat epal. Bakul ni i guna untuk simpan harta-harta karun (riben, butang, manik, labuci, acuan & tali).

Wednesday 26 August 2009

Ucapan Ramadhan

Puasa jangan tak puasa...

Wednesday 19 August 2009

Cara Tukar Background Yang Mudah

Senang saja

1. Dapatkan url (http://) bagi background anda suka kat mana-mana blog/web atau buat sendiri kat photobucket contoh : http://i241.photobucket.com/albums/ff207/Tbow5/pinky.jpg

2. Sign in..pergi ke Layout...add gadget...pilih html/java script tu...dan paste kan code dibawah.






3. Tukar CODEBACKGROUNDANDA. (Anda boleh ubah kedudukan html ni...macam saya letak bawah sekali...so takdela ruang kosong kat atas)

Thursday 6 August 2009

HTML code 2 share


Hari ni...berjaya gak i buat HTML...gambar dah siap glittering semalam...tinggal nak share je...hari ni search jumpala tutorial yang senang nak paham...kat LoopsDesign. Thanks for Sarah Dible.
Dari gambar

Dapatkan code html.
Nak tambah glitter kat blingee.com

Dari LoopsDesign i dapat buat kotak code html ni..



Try your best..

Tuesday 4 August 2009

Cat sock


Cute cat..
buat dari stokin baby.... ini yg ke 2.. i buat...dua-dua dah bagi anak i.

Friday 31 July 2009

My Mother's Day Bag


Cantik tak? saiz lebar 14"... tinggi tak ingat lak..dlm 12"
Beg Mother's Day...baru siap...terus pakai. Belajar free 25/5/09 kat Epal Kotaraya. Dia ajar simple je...i buat kasi susah...bubuh kain gam kasi keras..seksanye nak terbalikkan kain dan tali beg...sakit jari..hehe..pas tu peningkan kepala mikir camne nak letak zip. so i tiru cam buat zip beg patchwork bunga api. Balik rumah baru buat. Benang kuning lak abih...tinggal tali beg, reben & zip je blom bubuh...so tertangguh...sebab balik keje kedai jahit kat rumah dah tutup. Tunggu hari minggu baru baru jumpa kedai. I guna beg ni sebab nak basuh beg patchwork bunga api yg i guna g opis hari2.

WFN 1230


Tinggal kenangan...
Kereta kena curi 20/5/2009...gambar ni ambik hari ahad seminggu sebelum hilang.
Kat dalam keta tu anak i no 2. Kesian kat my husband sebab dia sayang sangat kat keta perdana tu. Perdana lama ditukar jadi V6. Masa beli enjin dah V6. Baru pakai dalam 2 tahun. Gear baru tahun lepas tukar ke manual.
Masa tu memang berjuta2 kali menyumpah pencurinye macam2..family nye sekali...kejam lak... Sabar jela... dah tak de rezeki.
Disebabkan keta ni atas nama i...lesen je takde...so dpt pengalaman baru camne g claim insurans...report insurans...mak aii detailnye karangan.

Wednesday 8 July 2009

Buka gerai kat MPAJ


Comel tak? i buat untuk jual. kecik je saiz 6"x4". (RM5 satu)

kek-kek yang cute...sayang nak makan...he..he.
gambar ni i ambik semasa buka gerai kat MPAJ dengan Effrins.
Masa tu i jual kerepek dan Effrins jual beg & promote mesin jahit dengan Epal.


Effrins dan Fonny....sibuk nampak..

Suasana semasa tengahari....kerepek dah nak abis.

Monday 6 July 2009

Cottage Patch


Kedai Cottage Patch kat Ampang... seberang jalan Ampang Point.
Kalau masuk memang.....rasa..... nak beli.....semuaaaaaaa...he..he..
dari alatan menjahit, kain untuk patchwork, buku-buku, butang, benang ...macam2 ada.
tengok kat luar pun dah rasa nak gak jahit cam tu....
tak pun...nak satuuuu...(penyakit malas dah datang he...he)
G sana pun kawan yang bawak...thanks Effrins...
Kat dalam tu kitorang dah jadik gila...gila nak itu..nak ini....pastu gila nak cari duit pulakkkk...



Cantikkan....nak bukak kedai gak...

Jam Patchwork



Cantik tak? Nombor tu i jahit dengan manik..pastu tambah love yg comel....kasi cute.
Siap november tahun lepas..

Monday 15 June 2009

Mesin Sulam Berkomputer Janome 350E

Mesin Sulaman Bergaya Profesional Memory Craft 350E


Harga RM10,000.00
Pakej HBB.
Percuma : Sulaman Collection 13 & bahan-bahan HBB termasuk kursus HBB.
Berminat call : Maria 016-3664856
lokasi : Kotaraya, KL

Dengan sebuah mesin sahaja, Memory Craft 350E dapat membantu anda menghasilkan sulaman bergaya profesional dengan lebih mudah.

Ciri-ciri

  • Pengendalian mesin yang mudah dengan kawalan skrin sentuh.
  • Mengemaskan benang atas dan bawah dengan pemotong benang secara automatik.
  • Pemasang benang automatik.
  • Terdapat pemotong benang secara manual pada gelendung (tempat isi benang bobbin).
  • Perubahan saiz paten yang boleh dibesar dan dikecilkan dalam lingkungan 90% - 110%.
  • Perubahan pada paten yang boleh diputar 45 darjah - 90 darjah.
  • Keupayaan menggabungkan beberapa corak pada mesin menjadi satu paten yang baru.
  • Keupayaan menduplikasi corak.
  • Memori mesin yang menyimpan 100 paten pelbagai sulaman objek dan bunga-bungaan.
  • Terdapat 3 jenis corak tulisan yang menarik.
  • Keupayaan mesin yang mampu menyimpan memori ke dalam USB / kad ATA.
  • Ruangan maksimum sulaman ialah 5.5'' x 7.9'' menggunakan Giga Hoop.
  • Kelajuan 650 mata jahitan per minit.
  • Kecanggihan mesin yang berfungsi tanpa memerlukan pengawasan.
  • Sensor akan berbunyi sekiranya benang terputus atau perlu menukarkan benang.
  • Kemahiran menjahit tidak diperlukan keran anda hanya perlu mahir mengendalikan mesin sahaja.

Keistimewaan mesin yang mampu menghasilkan:
  • Sulaman
  • Kerawang
  • Lace / Renda
  • Corak 3 Dimensi
  • Cross Stich
  • Jahitan Abjad / Perkataan
  • Seni Tampal
  • Brush-Out
  • Logo

Tempoh keahlian12 bulan
Kursus percuma12 bulan
Tempoh jaminan1 tahun (motor sahaja)

Cara Pembayaran

* Tunai
* Kad Kredit
* Program Mudah Bayar Tanpa Bunga (melalui kad kredit)
* Program Mudah Bayar EPAL (Easy Payment)
* Kemudahan Kredit AEON


Mesin Sulam Janome 300E


Mesin Sulaman Memory Craft 300E

Harga RM5,999.00
Percuma : Sulaman Collection 12
Berminat call : Maria 016-3664856
lokasi : Kotaraya, KL


Ciri-ciri

  • Sama dengan Mesin Sulam 350E
  • cuma tiada USB

Sunday 14 June 2009

Mesin Jahit Janome 2049



Harga RM2,499.00
Percuma:- 14 jenis tapak & 24 buku projek tahunan.



Berminat call : Maria 016-3664856
lokasi : Kotaraya, KL

Harmony Model 2049 "All In One"

A. Fungsi utama

a. Lebih daripada 22 corak bunga yang sedia ada
i. Boleh jahit tepi
ii. Boleh jahit lurus
iii. Pasang butang
iv. Sulaman tanpa pemidang (termasuk kulit)
v. 1 Langkah untuk jahit lubang butang
vi. Jahit zip
vii. Jahit sembat
b. Jahitan tebal, setebal 8 lapis kain jeans
c. Boleh jahit fabrik elastik
d. Jahitan kulit

B. Ciri-ciri

a. Masuk benang secara automatik
b. Boleh pasang jarum berkembar
c. Butang saiz kelebaran corak
d. Lampu menjahit
e. Pemotong benang
f. Butang jahit terbalik
g. Free arm
h. Plat jarum yang mempunyai ukuran

C. Sesuai untuk pelbagai jenis kain

a. Kuilting
b. Pakaian
c. Seni tampal
d. Seni cantuman
e. Sulaman
f. Hiasan rumah
g. Kraftangan

Tempoh keahlian12 bulan
Kursus percuma12 bulan
Tempoh jaminan5 tahun (motor sahaja)

Cara Pembayaran

* Tunai
* Kad Kredit
* Program Mudah Bayar Tanpa Bunga (melalui kad kredit)
* Program Mudah Bayar EPAL (Easy Payment)
* Kemudahan Kredit AEON

Berminat hubungi saya- Maria 016-3664856
Lokasi : Kotaraya, KL
Call dulu sebelum datang. K
(Anda akan ditunjukkan cara penggunaan mesin)

Blog Widget by LinkWithin

blogger templates | Make Money Online